Hari ni...ada yang bertanya mengenai vitamin E dengan saya...hmm...sebelum ni banyak saya share tentang vitamin E ni. Dan hari ni saya nak share lagi info yag detail berkenaan vitamin E shaklee ni..sebab kalau tak kenal memang tak cinta kan...jom kita berkenalan dengan vitamin E malam ni...^_^

Vitamin E merupakan salah satu vitamin antioksida yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru2, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.

Apakah fungsi utama vitamin E?

1. Melindungi jantung- Pengambilan vitamin E yang cukup setiap hari berupaya melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri

2. Meningkatkan kemampuan reproduktif

3. Anti-penuaan- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut,garis halus, parut,akne, dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

4. Antioksidan yang kuat- Ia mampu mengukuhkan sistem imun, mengurangkan kerosakan radikal bebas.

5. Memperbaiki parut- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin c, dan vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas.

Agak2nya kan...kita ni ambil cukup tak vitamin E setiap hari? Hmm...untuk dapatkan 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1 kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam.

Adakah vitamin E selamat untuk kita? Di dalam buku "Prescription For Longevity" ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%.


Apa perbezaan Vitamin E Complex dari Shaklee?



Vitamin E Complex diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum,yang kaya dengan vitamin E. Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mcg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. Satu kapsul vitamin E Shaklee membekalkan 400 IU dari sumber semulajadi dan juga 10 mcg selenium pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di 014-5075708 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top